GEORGE TOWN, 12 SEPTEMBER - Pemain Pulau Pinang, Hilton Mouro Moriera (tengah) diasak hebat dua pemain pertahanan PKNS FC dalam aksi TM Piala Malaysia 2015 di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang. Hilton gagal membantu pasukannya mencatat kemenangan dalam perlawanan pertama Piala Malaysia selepas dibuang padang pada minit ke-21 kerana tindakannya menyiku P.Gunalan. Keputusan penuh perlawanan, PKNS FC menundukkan Pulau Pinang 3-0.