Monday, 31 August 2015

PIALA PRESIDEN

GERGE TOWN, 28 OGOS Piala Presiden Malaysia merupakan pertandingan bola sepak yang diadakan sejak tahun 1985 untuk pemain berumur bawah 21 tahun. Sebelum ini, Piala Presiden dikhaskan untuk pemain berumur bawah 23 dan 21 tahun sebelum ditukar kepada bawah 20 tahun selepas pengabungan dengan Piala Belia pada tahun 2009. Namun, tahap umur dinaikkan semula kepada bawah 21 tahun bermula musim 2011. 

FINAL PIALA PRESIDEN 2015

GEORGE TOWN, 28 OGOS - Skuad Piala Presiden Kelantan meraikan kejayaan mereka menjulang Piala Presiden buat kali keenam selepas menumpaskan Pulau Pinang 2-1 dalam Perlawanan Akhir Piala Presiden 2015 di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang.

Wednesday, 19 August 2015

LIGA PREMIER 2015

GEORGE TOWN, 18 OGOS - Pemain Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri bersama-sama Mohd Azinee Taib meraikan gol kedua pasukan tuan rumah hasil jaringannya dalam aksi Liga Premier menentang KL DRB HICOM di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang. Keputusan penuh, Harimau Kumbang mencatat kemenangan 2-1 ke atas KL DRB HICOM.

LIGA PREMIER 2015

GEORGE TOWN, 18 OGOS - Para pemain Pulau Pinang meraikan gol kedua pasukan mereka hasil jaringan Mohd Faiz Subri dalam aksi Liga Premier menentang KL DRB HICOM di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang. Keputusan penuh, Pulau Pinang mencatat kemenangan 2-1 ke atas KL DRB HICOM.

Saturday, 15 August 2015

LIGA PREMIER 2015

GEORGE TOWN, 14 OGOS - Pemain Pulau Pinang, Hilton Moriera (10) diasak pemain Sabah semasa pergelutan bola di udara dalam aksi Liga Premier 2015 di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang. Keputusan penuh, Harimau Kumbang menang selesa ke atas Sang Badak dengan jaringan 4-0.

LIGA PREMIER 2015

GEORGE TOWN, 14 OGOS - Pemain Pulau Pinang, Elias Sulaiman gagal mengawal bola dengan kemas dalam usaha menjaringkan gol di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang dalam aksi Liga Premier 2015 diantara Pulau Pinang dan Sabah. Keputusan penuh, Harimau Kumbang menang selesa ke atas Sang Badak 4-0.

Wednesday, 5 August 2015

Piala Presiden 2015

GEORGE TOWN, 5 OGOS - Ketua Jurulatih merangkap pengurus pasukan Piala Presiden Pulau Pinang, S. Vello berbincang sesuatu bersama Penolong Jurulatihnya, Zabidi Hassan semasa sesi latihan Skuad Harimau Kumbang di Stadium Mini Sungai Ara menjelang aksi pusingan pertama separuh akhir Piala Presiden menentang PDRM di Stadium Bandaraya sabtu ini.

Sunday, 2 August 2015

Piala Presiden 2015

GEORGE TOWN, 1 OGOS - Barisan pertahanan Sime Darby FC berjaya mengekang kemaraan pemain Pulau Pinang, Amirul Syazni dalam aksi Pusingan Kedua Suku Akhir Piala Presiden di Stadium Bandaraya. Skuad Harimau Kumbang berjaya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir setelah mencatat kemenangan agregat 1-0.