Sunday, 13 September 2015

TM PIALA MALAYSIA 2015

GEORGE TOWN, 12 SEPTEMBER - Pemain Pulau Pinang, Hilton Mouro Moriera (tengah) diasak hebat dua pemain pertahanan PKNS FC dalam aksi TM Piala Malaysia 2015 di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang. Hilton gagal membantu pasukannya mencatat kemenangan dalam perlawanan pertama Piala Malaysia selepas dibuang padang pada minit ke-21 kerana tindakannya menyiku P.Gunalan. Keputusan penuh perlawanan, PKNS FC menundukkan Pulau Pinang 3-0.

Monday, 31 August 2015

PIALA PRESIDEN

GERGE TOWN, 28 OGOS Piala Presiden Malaysia merupakan pertandingan bola sepak yang diadakan sejak tahun 1985 untuk pemain berumur bawah 21 tahun. Sebelum ini, Piala Presiden dikhaskan untuk pemain berumur bawah 23 dan 21 tahun sebelum ditukar kepada bawah 20 tahun selepas pengabungan dengan Piala Belia pada tahun 2009. Namun, tahap umur dinaikkan semula kepada bawah 21 tahun bermula musim 2011. 

FINAL PIALA PRESIDEN 2015

GEORGE TOWN, 28 OGOS - Skuad Piala Presiden Kelantan meraikan kejayaan mereka menjulang Piala Presiden buat kali keenam selepas menumpaskan Pulau Pinang 2-1 dalam Perlawanan Akhir Piala Presiden 2015 di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang.

Wednesday, 19 August 2015

LIGA PREMIER 2015

GEORGE TOWN, 18 OGOS - Pemain Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri bersama-sama Mohd Azinee Taib meraikan gol kedua pasukan tuan rumah hasil jaringannya dalam aksi Liga Premier menentang KL DRB HICOM di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang. Keputusan penuh, Harimau Kumbang mencatat kemenangan 2-1 ke atas KL DRB HICOM.